Bahagianya Mendengar Tangismu

Sunday, March 16, 2014

Gerbang perkahwinanku diatur rapi biarpun penuh kesederhanaan. Ku bukan dari golongan orang berada cukup sekadar gadis kg tika tu...ha ha ha ramai yg berminat tetapi disebabkan ketegasan bapa..siapa yg mampu berdepan dengannya.
Ku mengambil keputusan menamatkan zaman remajaku demi kedua orang tuaku yg sering risau kerana selapas tamatnya SPM ku terus berhijrah ke KL ,semua org tau KL satu bandaraya yg besar dan penuh dgn pelbagai warna kehidupannya.Ku tinggal di Setapak bersama bapa saudaraku sebelah mak.
Bermulalah diriku sebagai seorang bertitle ISTERI pada 02021990, gerak hati mengatakan riza tinggalkanlah duniamu yg dipuja kenalan2mu..tumpukanlah sepenuh perhatianmu pada sang Suami.

Tika baru berumahtangga ,kumasih bekerja di PJ ( kerja kilang sajer sebagai Machine Setter ) ,ala2 technician la...tp machine nya...setelah penat berulang alik dan mendapat kerja di Klang..Ku beralih kerjaya he he jadilah diriku sebagai kerani cabuk..." General Clerk " kata matsalleh da...keje setahun sbb kwn pelawa tpt baru he he konon gaji ok..tanpa fikir panjang ku pindah keje di Pandamaran..masa tu tempat tu mcm jauh jer...mcm ceruk btol...

Aha tika disinilah Ku terasa penin2 rupa-rupanya kubakal menjadi seorang IBU...tika p klinik utk mengesahkan adalah satu debaran..diantara suka dan serba salah..iisshhh terfikir mampukah diriku menjadi seorang IBU pada anakku yg bakal menghiasi Istana Perkahwinanku.
Semasa mengandungkan ankku tak ada byk kerenah cuma ku menjadi terlalu sensitif..sikit2 merajuk nangis tu la kerja ku ...pelbagai la dugaan kulalui setelah berumahtangga. Pernah semasa sarat mengandung kubawa motor ketempat kerja hanya sbb suamiku cemburu semasa boss pernah tumpangkan ku blk, demi mengelakkan pergaduhan kubwk motor sendiri biarpun susah tp ku nekad apa nak jd jadi lah...

Kami sama2 gembira satu membuktikan ku juga mampu menjadi seorang wanita yg sempurna, sekurangnya terbukti pd mertuaku yg sering mengata aku xboleh dapat anak...bg wanita bila dikatakan begitu mmg terasa sakitnya..kehidupanku tika tinggal bersama mertua adalah terlalu menyakitkan. Kulalui jgk walau tiaphari hanya menangis melalui segalanya..terutama mertua sering berpura2 bila didpn suamiku dia akan berbuat baik dgnku tp malangnya bila suamikuxder....bdnku ketika mengandung bagai dipam pam mmg gemuk mana taknya makan je dan xde alahan apa2..cuma bau suamiku bila dkt akn bau busuk...hehehe kesian cik suami bila kuckp busuk dia akn mandi semula.

Semakin sarat mengandung suamiku hantar p keja n blk dia akan abk....hinggalah mlm 1hb kurasa sakit dan keluar sikit air yg menandakan hampir kot nak bersalin ,,,suamiku atr kehospital mlmtu ..tinggallah cek di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Betapa tak dapat tidurnya dok melayan sakit merengga rengga,,,kdg rasa nak buang air besar..bila dah makin hampir doctor bg mkn pil utk buang air besar..bila makan mmg automatic buang punya, sementara tunggu nak bersalin tu nurse bantu dgn masukkan satu benda dr plastic mcm pembaris katanya utk pecahkan air ketuban..nyilu betul masa tu...selepas je pecah ketuban mmg kejap2 je rasa sakit...melanda...dlm 4am lebih nurse dah bwkku kebilik bersalin ...hahaha dgn terbaring diatas katil je la..

Dlm 4lebih mcmtu la doctor kata dah hampir so mcm biasa la doctor menjalankan tugas sebelum tu..doctor berikan cek satu injection sbb cek miliki darah jenis B rH Negative..lps meneran dan mengikut arahan doctor dan dlm masa sama terasa pedihnya nyilunya doctor menggunting laluan utk baby lahit...Ya Allah sakitnya dlm masa tu sambil lah ikut ckp org tua kena baca doa2 tertentu salah satunya " Lailla hailla anta subhanakainni kuntumminazolimin ".,,,cek hanya igt satu ja masa tu nak selamatkan baby ...dlm perit sakit lahirlah baby yg masih ada darah nurse tunjukkan dgn cek dan diletak diatas perut cek seketika,,lps tu doctor bwk baby p mandi n kuhanya terdgr baby nangis...cek mengigilkan masa tu agaknya seluruh tenaga masamelahirkan baby kot,,,bila selesai keluar uri semua doctor jahit adusshhhh sakit btol tp kuhanya mampu kira berapa jahitan mcm 14 ke mcmtu la....walau sakit ku gembira dgn kehadiran cahayamata pertamaku 1 .12.1991.Kuanggap babyku sebagai hadiah paling beharga buatku tambahan pulak paginya dah masuk 2hb 12..adalah hari lahirku...

Kami memberi nama Muhammad Syamil Sufri tu la pengikat kasih syg ku dan suami. Berat baby 3.15kg je.
Setelah 2 hari berada di Hospital cekdibenarkan pulang jd...sebelum blk berpantang dikg ..utk baikkan sikit luka..ku dirumah mertua selama 2 minggu disinilah hari2 ku menangis kerana disakiti mertua dan suami tak pernah tau sikap sebenar ibunya. Pernah ku mengadu tp suamiku xleh trima..dan slepas tu kuhanya simpan segala kelukaan. Selepas 2 minggu suami menghantar kublk berpantang di kg ...nasib cek mempunya mak dan pak yg terbaik merekamenjaga ku sebaiknya melalui segala pantang traditional...Ibu angkatku dtg melawat bersama myx ..igt lg dia bg hadiah kasut. Kekadang seminggu sekali suamiku blk jenguk kdg 2 minggu sekali..selepas 44hari selepas buat berendoi semua...baru cek blk ke Klang ...dan tinggal dirumah sewa kami..

Kami membesarkan anakbersama suamiku byk kerja diluar kutinggal dgn anakku..selepas bersalin setahun ku tak bekerja..hari2 bersama anakku..selain menjalankan tugas sebagai isteri...dlm masa sama la kuabk lesen kereta...  nanti sambung lg klau boleh nak tulis kisah ni sampai ankku besar...rilek jap

0 comments:

Post a Comment