
BAPA & MAK TERCINTON
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
(Surah Luqman : 16 )"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.”
( Surah Luqman : 17 )
Peranan bapa dalam pembinaan keluarga dan proses pembesaran anak-anak adalah cukup penting terutama dalam zaman serba mencabar ini. Jika dahulu kebolehan bapa memimpin dan mengurus keluarga adalah sesuatu yang dianggap lumrah atau tabii. Namun dalam dunia yang serba kompleks kini kebapaan adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai.
Gejala negatif yang melanda institusi rumahtangga pada hari ini adalah berpunca daripada lemahnya kepimpinan seorang bapa sebagai ketua keluarga. Dalam keadaan sedemikian kewibawaannya sering dipersoal dan mereka tidak lagi dilihat sebagai contoh oleh anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terutamanya remaja tercari-cari ‘hero’ yang boleh mereka banggakan. Ketiadaan bapa sebagai ‘hero’ mendorong anak-anak mencari orang luar yang diharap dapat mengisi peranan tersebut. Keadaan ini menyebabkan seringkali anak remaja terpedaya oleh pihak yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberi oleh remaja.
Kesan peranan bapa terhadap anak-anak apabila mereka mendirikan rumahtangga kelak cukup besar. Seorang anak lelaki pastinya menjadikan bapa sebagai ‘role model’ apabila mereka beristeri kelak. Sikapnya sebagai seorang suami terhadap isteri akan dicorakkan oleh cara ibunya disantuni oleh bapa. Begitu juga anak perempuan akan mengambil bapa sebagai contoh dalam memilih bakal suaminya. Bahkan kesan ke atas anak perempuan lebih besar. Kajian menunjukkan remaja perempuan yang bermasalah dan terjebak dengan pergaulan bebas selalunya dibesarkan tanpa kehadiran seorang bapa atau tidak mendapat perhatian atau kasih sayang seorang bapa.
Peranan tradisional seorang bapa yang dihormati dan ‘ditakuti’ pada zaman dahulu mungkin tidak boleh dipertahankan lagi. Bapa yang bersikap ‘authoritarian’ dan cuba mengawal keluarga atas dasar otoriti semata-mata akan melahirkan anak-anak yang melawan dalam diam atau secara terbuka. Sebaliknya panduan kebapaan yang digariskan di dalam Islam seperti yang diungkapkan oleh Sayidina Ali R.A. iaitu untuk bermain, mendisiplinkan dan berkawan dengan anak-anak pada tahap umur yang bersesuaian adalah lebih tepat. ‘Berkawan’ dengan anak adalah satu skil yang perlu dikuasai oleh para bapa pada hari ini. Mereka perlu memahami sedikit sebanyak laras bahasa yang digunakan oleh remaja. Bahkan seorang bapa harus menguasai sedikit sebanyak gajet-gajet teknologi dan medium komunikasi terkini yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan remaja. Seorang bapa pada hari ini wajar memiliki akaun dalam laman sosial Facebook untuk berinteraksi dengan anak-anak dalam pelbagai situasi dan kesempatan. Kemahiran-kemahiran seperti ini yang memungkinkan seorang bapa ‘keep pace’ atau mengikuti perkembangan dan seterusnya memberi panduan kepada anak-anak dalam melalui liku-liku kehidupan yang didepani oleh anak-anak remaja.
Di samping para bapa membuat anjakan-anjakan paradigma untuk memainkan peranan sebagai bapa yang versatil di zaman ini, mereka juga memerlukan empati dari anggota keluarga dan masyarakat. Seorang bapa dewasa ini harus diberikan ruang yang luas untuk merealisasikan peranan kebapaan tersebut. Mereka memerlukan sistem sokongan yang bersesuaian dengan fitrah dan ego lelaki mereka. Satu mekanisme seumpama sistem sokongan harus diwujudkan bagi para bapa membuat perkongsian. Mereka tidak perlu terus dikritik di atas kepincangan-kepincangan yang melanda masyarakat seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka sebagai punca utama. Di saat pelbagai keperluan wanita diraikan seperti mewujudkan agensi-agensi khusus mengenai wanita, kumpulan-kumpulan sokongan dan kemudahan-kemudahan khas untuk wanita, golongan lelaki/bapa seolah-olah dilihat mampu mendepani cabaran secara bersendirian atas alasan bahawa mereka adalah pelindung wanita. Mereka diandaikan sebagai gender yang gagah dan maskulin serta bersedia untuk menghadapi apa juga situasi bersendirian tanpa sebarang sokongan moral dan material. Senario seorang lelaki yang gagah dan tangkas di luar sebagai imej lelaki mandiri mungkin benar di masa lalu. Namun lelaki/bapa yang akan bertahan di zaman ini bukanlah lelaki yang nampak gagah dari sudut fizikal tetapi rapuh dari sudut ketahanan jiwa. Di sinilah inisiatif boleh diwujudkan untuk memperkasa jiwa sebagai pelengkap skil atau kemahiran kebapaan di kalangan para bapa pada hari ini.
Menyedari hakikat pentingnya para bapa diperkasakan dan diberi pengiktirafan yang setimpal ke atas peranan mereka yang besar, maka Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat IKRAM Selangor bersama Wanita IKRAM Selangor dengan sokongan padu dari Exco Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program sambutan Hari Bapa 2011 dengan tema ‘Bapaku Heroku’. Inisiatif ini bertujuan untuk mempopularkan kembali peranan aktif bapa dalam menguruskan keluarganya dan memastikan keluarganya berada dalam keadaan sejahtera baik dari sudut fizikal, mental dan spiritual. Kepimpinan seorang bapa yang berwibawa pastinya menjadi contoh ikutan kepada anak-anak pada hari ini yang bukan sahaja dahagakan kasih sayang seorang bapa bahkan tercari-cari ‘role model’ untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.
Dengan premis yang digariskan di atas maka IKRAM Negeri Selangor merumuskan Objektif Hari Bapa 2011 seperti berikut:
1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab bapa dalam pembangunan keluarga.
2. Memberikan pendedahan kepada golongan bapa tentang pentingnya keperluan dan kemahiran kebapaan yang mesti dikuasai.
3. Mewujudkan jalinan hubungan di antara agensi-agensi yang relevan untuk memperkasa bapa dan skil dan kemahiran kebapaan.
4. Memupuk kesedaran bapa sebagai ‘role model’, terutama kepada anak-anak remaja yang mencari-cari ‘idola’ hidup mereka.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya peranan bapa maka penanda buku bertemakan hari bapa telah dikeluarkan oleh penganjur. Penanda buku ini akan dibekalkan di kesemua cawangan IKRAM di 13 daerah di negeri Selangor dan akan diedarkan kepada orang ramai di tempat-tempat awam seperti taman rekreasi, pusat membeli belah, medan selera dan tempat-tempat di mana keluarga berkumpul.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan Forum Hari Bapa yang bertemakan ‘Bapaku Heroku’ yang akan dilaksanakan pada 10 Julai 2011. Forum ini membariskan tiga ahli panel yang berpengalaman luas dalam bidang kekeluargaan. Mereka akan membicarakan topik tersebut dari sudut pandang masing-masing sebagai seorang bapa, ibu dan anak. Juga satu program ‘Explorace’ yang bertema ‘Father You R the Man’ akan menyusul selepas Forum dengan aktiviti yang bertujuan untuk memupuk dan memperbaharui hubungan di antara bapa dan anak remaja. Orang ramai dijemput untuk bersama dalam program-program tersebut.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor
Pengorbanan Ibu
Posted by anurachman pada April 29, 2009
Hargai Pengorbanan Ibu
Artikel : Hargai Pengorbanan Ibu
"Ibu… kaulah segalanya bagi kami. Tanpa dirimu, siapalah kami. Tiada sebarang sesuatu pun yang boleh mengantikan tempatmu ibu...”Pertama-tamanya, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua insan yang bergelar ibu khususnya kaum ibu di Malaysia umumnya seluruh dunia. Kami doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungimu mendapat tempat di sisi Allah SWT...
Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah. Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Qur’an yang berbunyi :“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23). Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu hatta tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya. Siapa induk itu? Induk itulah ibu. Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah, Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah. Muliakanlah ibu-ibu kami.Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa.
Cuba kita telusuri kisah kehidupan anak-anak yatim piatu. Tragis sungguh hidup mereka tanpa ibu di sisi.Justeru, si ibulah insan yang paling banyak menanggung penderitaan demi kelangsungan hidup anaknya. Setiap tahap pertumbuhan dan pembesaran yang dilalui oleh seseorang anak itu turut juga dilalui oleh si ibu, pahit, manis, luka lara dan riang tawa. Setiap perasaan yang dirasai oleh si anak turut juga dirasai oleh si ibu. Begitulah naluri seorang insan yang bergelar ibu. Dari proses dalam kandungan, hingga melahirkan, membesarkan, mendidik sehingga dewasa dan boleh berdiri atas kaki sendiri, kita tetap masih memerlukan ibu. Begitu kuatnya ikatan ruh kasih sayang antara anak dan ibu. Tapi, apakah yang kita pernah lakukan untuk membalas jasa serta pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh ibu kita? Tepuk dada, tanyalah iman.
Semasa mengandung, ibulah adalah insan kuat yang menanggung segala jenis penderitaan selama sembilan bulan demi kelangsungan hidup zuriat yang dikasihinya.Walaupun si ibu ini tahu betapa peritnya cabaran yang akan ditempuhinya, namun demi anak-anak tercinta semua itu ibarat paku-paku kecil atas sebatang jalan dan si ibu perlu mengutip setiap paku dan dalam proses pengutipan paku tersebut, kemungkinan besar si ibu terluka dan tercedera, namun demi untuk mencapai impiannya melihat anaknya hidup selesa dan selamat, si ibu sanggup mengorbankan seluruh hidupnya hatta nyawanya demi anak-anak. Nah, si anak! Apa yang pernah dilakukan oleh kita bagi membayar setiap detik kesengsaraan yang dilalui oleh ibu kita. Tidak ada satu pun harta serta barangan yang paling bernilai harganya di dunia ini boleh membayar setiap jerih perit si ibu. Sepertimana yang dinukilkan di dalam Al-Qur’an, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. (Dengan demikian) bersyukurlah kepadaKU dan kedua ibubapamu. Hanya kepada-KU tempat kembalimu.”(surah Luqman ayat,14)Maksud ayat berkenaan ialah memang wajib ke atas kita sebagai anak untuk menghargai pengorbanan ibu yang sangat besar nilainya hingga tidak terdaya bagi kita untuk membayar balik atau membalas kembali segala-galanya yang ibu korbankan untuk kita. Kesihatannya, keselamatannya, masanya, hartanya malah seluruh dirinya dan hidupnya untuk anak tercinta.
Persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anaknya untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang wajib perlu direnung setiap anak apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.Dewasa ini, banyak kes yang kedengaran yang membuktikan ramai generasi muda hari ini semakin mengabaikan tanggungjawab dan penghormatan terhadap ibubapa mereka. Contohnya di Jepun, antara salah satu syarat utama kenaikan pangkat atau gaji dikalangan kakitangan kerajaan adalah dinilai bagaimana mereka menjaga kebajikan kedua ibubapa mereka di kala usia senja mereka.Melihat situasi ini, jelaslah kepada kita bahawa kejatuhan nilai murni dikalangan generasi muda semakin meruncing dan membimbangkan bukan sahaja di negara kita Malaysia malah seluruh dunia amnya.
Generasi Muda tidak seharusnya melayani ibubapa mereka sebegitu. Adakah patut kita membalas jasa ibubapa yang melayan kita sejak kecil lagi ibarat menatang minyak yang penuh selama beberapa tahun, bersengkang mata sepanjang malam demi menjaga anak tersayang ketika sakit. Seluruh masa rehatnya dikorbankan untuk anak-anaknya.Tapi kita sebagai anak, membuktikan kasih sayang kita kepada ibu dengan memukul ibu, menghantar ibu ke pusat jagaan dan rumah orang tua, menghina serta mengherdik ibu di kala ibu dalam keadaan lemah dan tidak berupaya seperti masa dulu.Itukah yang patut dilakukan oleh seorang manusia yang bergelar anak? Adakah relevan pada pandangan insani, perbuatan yang baik dibalas dengan perbuatan buruk, madu diberi tuba dibalas, nikmat dikurnia, azab dirasa.Perlu diinsafi, kedudukan ibu sebagai insan yang tinggi kedudukan dan martabatnya sehingga Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Ini bermakna seseorang anak tidak akan dapat merasai nikmat syurga melainkan dengan keredhaan ibu. Sabda Rasulullah SAW yang lain berbunyi “ Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibubapa kita”.
Demikian itu, jelaslah bagi kita, selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa selama itu juga, kita hidup dalam kemurkaan dan kederhakaan kita terhadap Maha Pencipta sepertimana kisah Alqamah pada zaman Rasulullah, kisah si Tanggang dan Malin kundang di Nusantara.Bukan harta benda bertimbun-timbun serta segunung emas yang si ibu itu mahukan agar jasa dan baktinya dikenang serta dibalas.Tapi, cukuplah bagi mereka sedikit perhatian dan belaian kasih daripada anak kesayangan mereka di saat usia senja mereka. Saat ini perlakuan orang tua akan kembali ke alam kanak-kanak, di mana mereka amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang sepertimana anak-anak kecil perlukan.
Perlakuan mereka, si ibubapa ini kadang-kadang membuatkan anak-anak yang sudah mengenali dunia ini terasa terbeban dan merasakan ibu ini menyusahkan mereka lalu mulalah timbul perasaan marah dan benci kepada ibu.Sedarkah kamu, anak-anak, siapa yang disampingmu ketika dirimu terasa disakiti, dicaci, dihina. Siapakah yang bersusah payah bangun di awal pagi menyediakan sarapan serta kelengkapan sekolah kamu dahulu? Siapa yang mengadaikan barangan kemas untuk dibuat biayaan kamu di institusi pengajian tinggi? Siapakah yang bersusah payah mencari duit untuk menampung perbelanjaan kahwinmu? Adakah insan itu sahabat karibmu di sekolah? Adakah insan itu kekasihmu yang baru beberapa bulan dan tahun kau bermadu kasih? Insan mulia ini tidak lain ialah ibu kamu.Siapakah ibu di hatimu anak-anak? Adakah insan ini yang hanya menyusahkan dan memalukan kamu di saat dirimu cemerlang, berjasa dan dikenali orang? Inikah tempat letaknya kedudukan ibu di hatimu anak-anak? Inikah nilai ibumu di hatimu anak-anak?Adakah pada hari ibu sahaja, kita patut menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap si ibu? Adakah pada hari ibu sahaja untuk kita mencium, memeluk mesra dan mengucapkan ucapan keramat “Terima kasih,ibu”.
Perlu kita muhasabah diri, bilakah kali terakhir kita menanyakan khabar berita dari ibu, bilakah kali terakhir kita mencium, memeluk mesra dan meminta maaf dari ibu? Tapi untuk insan lain, kita rela berkorban masa dan harta demi menjaga hati dan perasaan mereka. Tapi untuk ibu kita yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk melihat kita selamat dunia dan akhirat, apa yang pernah kita lakukan untuk gembirakan hati si ibu ini.
Koreksilah dirimu anak-anak.“Di saat kau lena, dia berjaga...kau bersenang, dia bekerja...untukmu tiada terbatas...memberi, tidak mahu dibalas...ingin dibinanya untukmu kehidupan yang sempurna...punyai kekuatan jiwa...punyai maruah...leterannya dari rasa luhur...menegur sebelum terlanjur...itulah yang diwarisi...pesan ibu terpahat di hati...beringat-ingatlah...berpesan-pesan untuk kebaikan...marah bukan kebencian...tapi, tanda SAYANG...engkau semakin dewasa...berjiwa merdeka...Sedang dia semakin tua...membilang usia...di saat kau berjaya...dia tiada berdaya...semoga kau tak lupa...jasa bonda...
Nor Akmariah Abdullah
Setiausaha Kehormat
Majlis HEWI PKPIM
Besarnya pengorbanan ibu bapa
Posted by: nuriman on: Februari 20, 2009
Dalam: Uncategorized 6 Komen
Minda: Penuhi hak ibu bapa
Susunan Hashim Ahmad
INGATLAH betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa.
Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.
Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.
Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” (Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)
Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)
Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah.
Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.
Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki. Maka Allah sajalah berhak diibadahi.
Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik.
Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidakkah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya.
Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.
Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali kita menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar.
Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang menggendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan ke mana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?”
Jawab Abdullah bin Umar: “Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah silaturahim.
Merekalah selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita.
Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka?
Berbuat baik kepada ibu bapa adalah sebuah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya – didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah.
Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak. Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah Luqman: 14-15)
Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.
Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat.
Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita?
Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya?
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu.
Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (Hadis Riwayat: Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang soleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi?’ Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.” (Hadis Riwayat: Ahmad)
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Kelak akan datang kepada kamu sekalian seseorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat: Muslim dan Ahmad)
Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi.
Hanya Allahlah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita.
Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal.
Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.
~Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana saja dia berada. Engkau permudahkan segala urusannya Ya Allah. Engkau lindungilah dia dari segala mala petaka amin…….
0 comments:
Post a Comment