HINAKAH SEORANG PEMINTA SEDEKAH

Sunday, March 16, 2014

Tujuan saya menulis ttg peminta sedekah ini bukan untuk menghina atau nak merendahkan golongan peminta sedekah tapi nak berkongsi pengalaman sendiri mengenai peminta sedekah ini. Kalau setakat nak bagi seringgit dua memang tak berkira pun. Kerana mempertikaikan peminta sedekah saya dan suami sering tidak sependapat,kerana saya mengatakan biarpun org mengatakan peminta sedekah tu penipu tetapi pada saya dia menipu itu antara dia dengan Allah tetapi pada saya sebagai hamba Allah tidak berdaya utk tidak memberi kerana saya fikir hari ini saya bantu dia walau tak seberapa ...mungkin dgn tak seberapa itu dia boleh bg makan keluarganya......memang ujud sendiket membela dan mengarahkan peminta sedekah meminta belas ikhsan org ...

Pernah terjadi perkara yg menyayat hati saya didepan mata saya melihat pihak berkuasa menangkap mereka yg meminta sedekah yg sedihnya yg cacat ada org tua ada,,,sayu betol masa tu...kenapakah pihak berkuasa tak berfikir kenapa perlu tangkap peminta sedekah kesian mereka..pada saya sekiranya pihak berkuasa rasakan itu semua penipuan kenapa tidak menangkap " orang yg membela peminta sedekah  " yg menggunakan peminta sedekah tu utk cari rezeki bg pihak mereka...sebenarnya klau nak benteras kena tangkap org yg buat usaha memperdagakan manusia baru perkara tu boleh selesai, baru la tidak ada peminta sedekah yg menipu cacat dsb yg tinggal mungkin yg betul2 cacat ke...

Tidak dinafikan kebanyakan yg peminta sedekah yg mmg susah tu bila dia minta sedekah kita pelawa dia makan dia akn terima pelawaan itu sbb dia mmg lapar dan perutnya perlu diisi, ada jgk setengahnya mkn dan ada jgk yg nak bungkus je...kesian sungguh kt diaorg.

Banyak lagi tempat-tempat yang anda boleh jumpa dengan peminta sedekah seperti depan bank, bazar Ramadhan dan kawasan yang banyak orang. Pada saya terpulang pd masing2 punya pandangan tp pd saya sekiranya saya menderma adalah ikhlas dan kiranya peminta sedekah nak tipu itu dosa antara dia dgn Allah, jd sebagai manusia dan jika ketika itu kita mampu apa salahnya berkongsi rezeki yg Allah bg tu dirasakan jgk oleh peminta sedekah yg bila kita berdepan dgn mereka.

Nak menderma boleh, tak salah tapi kita kena tengok orang tu dulu..saya memang Memang tidak menafikan ada yg tubuh badan sihat tapi malas nak kerja, pilih cara mudah minta sedekah. So, kalau aku nak sedekah, saya bagi kat pakcik tua tu yang daif ataupun  tukar dalam bentuk makanan daripada bagi duit. Manalah tahu sekarang ni banyak sindiket yang menggunakan peminta sedekah untuk kutip duit.

Dan orang yang minta sedekah ni, lagi kita bagi lagi la orang tu akan berterusan minta sedekah sampai tak nak usaha untuk bekerja. Bagi aku, selagi kita sihat dan boleh guna tulang empat kerat tu, lebih baik cari sesuap sesuap nasi dengan bekerja sebab hasil dan duit yang kita dapat secara ikhlas, lebih bagus dari orang yang minta sedekah. Buat la kerja apapun asalkan pekerjaan tu halal dan bukan dari cara meminta.( Untuk membenteras penipuan seeloknya tangkap Pedagangnya bukan peminta seekah yg didagangkan baru lah nasib peminta sedekah dibela...

tp terpulang pd masing2 punya pendapat ..pendapat saya dgn pendapat suami jgk berbeza sememangnya kami tidak sependapat dlm hal2 begini...anda perasan tak kebanyakkan peminta sedekah hanya akan dekat dengan kaum melayu je...mungkin kerana kaum lain kebanyakannya takkan menghulur walau sikit bantuan ..walau yg meminta tu kaumnya sendiri. Berbeza dgn kaum Melayu yg tinggi budi pekertinya.

Pernah juga pengalamanku tika ku kepasar tani...mmg tak dinafikan ada jugak yg peminta sedekah yg buta yg dihantar anaknya kesitu..utk meminta sedekah setelah pasar hampir tutup anaknya akn dtg semula utk abk orang tuanya...sedihkan..pelbagai kerenah manusia dibumi Allah ini.

Padaku sampai bila pun peminta sedekah tu adalah ttp sama dengan hamba Allah yang lain, cuma cara kehidupan mereka saja yg membuatkan mereka berbeza dgn kita.

kata mutiara

0 comments:

Post a Comment